7 July 2022

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru (NGO) telah menyumbang bantuan barang-barang runcit kepada keluarga yang mengalami banjir di kawasan Ladang Bukit Dinding Karak Pahang

February 2022

PERTUBUHAN KEMAJUAN GENERASI BARUmemberi Sumbangan makanan , nasi campur (mix rice), bantal (pillow) ,tilam(bed) ,alat electrik (electrical appllances) , peralatan mandian (toiletry) di Kawasan Kampung Kolam Air -Batu – Segambut kepada mangsa banjir selama sebulan

30/8/ 2021

PERTUBUHAN KEMAJUAN GENERASI BARU memberi Sumbangan makanan sebanyak 50 pek ayam & kambing briyani kepada anggota petugas barisan hadapan (Frontliners) yang Bertugas di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur.
New Generation Progressive Organization’s (PKGB) considerate help of 50 packs of Mutton and chicken briyani to Jinjang Police Station Frontliners.

5/8/2021

PERTUBUHAN KEMAJUAN GENERASI BARU (NGO)
Menyumbangkan bantuan keprihatian sebanyak 30 Buah Leyna Petite kepada Frontliners PDRM balai Polis Jinjang Kuala Lumpur (Anggota Pejabat & Petugas Kaunter ).

12/7/2021

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru (NGO) bersama rakan-rakan Mays Koh telah menyumbang bantuan barang-barang runcit kepada keluarga miskin tegar dari Sentul yang telah terkesan dan terjejas akibat Covid-19.

11 /7/ 2021

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru (NGO) telah menyumbangkan bantuan barang- barang runcit kepada beberapa Keluarga dari Sentul,Jalan Ipoh dan Segambut yang terkesan dan terjejas akibat Covid-19.

10 /7/ 2021

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru menghulurkan bantuan beras kepada Rumah Kebajikan kanak- kanak di Setapak K.L yang terkesan dan terjejas akibat Covid-19.

8 /7/ 2021

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru bersama Puan Mays koh dan rakan-rakan beliau menghulurkan bantuan makanan sebanyak 200 pek dan sayur-sayuran percuma kepada golongan B40 yang terkesan dan terjejas akibat Covid-19 di PPR BERINGIN, Jinjang Batu KL. Sumbangan ini berjalan dengan lancar.

4/7/ 2021

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru menyumbangkan bantuan kepada mangsa Covid-19 hari-2 di kawasan Jalan Ipoh KL. Bantuan ini akan diberikan sehingga 14 hari sewaktu mereka berada dalam keadaan Kuarantin.

17/4/2021

Pada 17hb April 2021 @ Sabtu PERTUBUHAN KEMAJUAN GENERASI BARU telah menganjurkan satu program seisi pengagihan Bubur Lambuk di seluruh 6 PPR dan Masjid kawasan Parlimen Batu.

Tujuan Program ini adalah untuk membantu Rakyat Muslimin & Muslimat yang bergolongan B40 untuk berbuka Puasa,sempena bulan Ramadan 1442H/2021.

Aktiviti memasak Bubur Lambuk ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan ini mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat berkerjasama di kalangan penduduk.

Kawasan-kawasan pengedaran adalah di PPR BATU MUDA , PPR PEKAN BATU , PPR TAMAN WAHYU,PPR TAMAN BERINGIN ,PPR SRI AMAN, PPR INTAN BAIDURI, MASJID AL-HIDAYAH.

Sebanyak 2,300 Bubur lambuk diedarkan ke seluruh 6 PPR dan masjid kawasan parlimen batu dari pukul12.00 tengahari sehingga waktu berbuka puasa.

20/3/2021

Pada 20/03/2021 program sumbangan voucher bakul makanan yang di sumbangkan kepada penduduk golongan kategori B40 di sekitar kawasan Parlimen Batu.

Majlis ini dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu dengan kerjasama Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru , majlis di sempurnakan oleh Ybhg saudara Tian Chua selaku Ketua Cabang Batu Parti Keadilan Rakyat bersama Ybhg Tuan Selvendran Krishnan selaku Presiden Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru.

01/2/2021

Membeli barang barang di pasaraya untuk diedarkan secara percuma kepada keluarga B40

26/9/2020

Sumbangan barang keperluan harian telah di sampaikan kepada 300 keluarga dari golongan B40 yang tinggal di sekitar kawasan Sentul Dan Jalan Ipoh Kuala Lumpur, Masjid. Ini di adakan di Ibu pejabat ” PERTUBUHAN KEMAJUAN GENERASI BARU ” yang terletak di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh Kuala Lumpur Majlis berjalan dengan lancar dengan mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan

2/5/2020

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru, memberi sumbangan barang – barang kegunaan harian kepada golongan B40 di kawasan PPR beringin dan di sekitar, Jalan Ipoh dan Jalan Sentul Kuala Lumpur, ribuan terima kasih di ucapkan kepada Pengerusi PKGB Tuan.Selvendran Dan Timbalan Pengurusi.

25/01/2020

2020

2019