TENTANG KAMI

Pertubuhan Kemajuan Generasi Baru nama singkatan PKGB yang ditubuhkan pada tahun 2019 dengan nombor pendaftraan PPM-028-14-02042019. PKGB adalah organisasi amal yang tidak dikecualikan cukai di Malaysia. (non-profit organisation)

Tujuan dan Hasrat Pertubuhan ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan B40 serta miskin tegar yang memerlukan bantuan asas, juga mengadakan dan menjalankan Kegiatan untuk meringankan penderitaan, mengentaskan kemiskinan, memelihara lingkungan hidup, menyediakan layanan social dasar dan melakukkan Kegiatan pengembangan masyarakat.

Secara Persendirian kita mungkin tidak dapat mengubah keadaan keseluruhan, tetapi jika Kerajaan berganding bahu maka bersama-sama kita dapat mencapai tujuan membantu individu dan komuniti yang memerlukkan.

Sementara, nilai inti dan hala tuju pertubuhan kami adalah untuk memberikan keutamaan kepada Kebajikan dan Sosial.

TUJUAN DAN ARAHAN

FIZIKAL:

Ramai yang berjuang untuk mendapatkan keperluan harian, atau kekurangan dana yang diperlukan untuk bayaran perubatan atau pendidikan. Kami percaya melalui Sumbangan ini ianya menjadikan kehidupan mereka sedikit lebih mudah.

Kami secara aktif memberikan sumber kepada mereka yang paling memerlukannya, termasuk makanan dan juga keperluan harian.( Barang Keperluan Dapur, Makanan basah dan Kering )

Kami menyediakan dana untuk orang kurang bernasib baik yang mengalami kesulitan kesihatan, dan juga bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan atau rawatan perubatan lain khususnya golongan miskin tegar golongan Asnaf dan Orang Kurang Upaya.

Kami menyediakan biasiswa dan sumber pendidikan lain untuk pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

MENTAL:

Kesejahteraan mental yang positif adalah kunci untuk kehidupan yang lebih bahagia. Kami mendorong rakyat untuk tetap optimis dan menjaga kesejahteraan mental mereka yang kurang mampu dengan menunjukkan sokongan dan positif kepada mereka.

Kami secara aktif mengatur aktiviti untuk benefisiari kami. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi golongan yang tidak berkemampuan untuk memahirkan beberapa bidang seperti menjahit, berkebun ,membuat kek dan sebagainya.